Pregnantkan Adik, Allah bagi kesihatan yang baik MasyaAllah . Alhamdulillah, memang takda langsung muntah kecuali 1) Termakan paru macam tak berapa nak masak. Sambal paru dengan nasi lemak. 2) kena food poisoning. Satu rumah kena.
Selain dari tu, cuma naik turun selera and motion sickness kalau orang lain drive dekat jalan bengkang bengkok haha. Duduk belakang time orang drive jejauh pun takleh. Jarangla. Sekali dua je. Masa pergi PD haritu and masa pergi Puncak Alam. Memang mabuk sikit tapi takda muntah.
Awal awal pregnantkan adik ni, memang taknak ayam langsung. Tak lalu. Geli. Makanan from Uncle (gerai that I always eat at) pon tak boleh. Agaknya dah selalu sangat makan situ before pregnant, the body says sudah sudahla tu . Makan benda lain plak.
Aku pun tak ingat apa aku makan time takleh makan Uncle punya tu. Rasanya makan kat gerai atas banyak. Asik ke sana je. Tak pun pergi Deli yang maha mahal tu.
Kali ni , takda GDM Alhamdulillah. Dah 30 weeks and Im hoping I wont get it at all. Jangan Week 35 Dr kata aku ada GDM udah. For the time being berat still bawah 70. Masa awal pregnant 60. Baru naik dalam 7 kilo. HEHEHE. Bahagianya hidup.
Tadi borak dengan Jaja and Catherine time lunch. Aku pun tanya Jaja "Dulu time Nawal pregnantkan Kalif gemok kan". "Haahhh.eee gemuk macam raksasa!" Amboi jaja dia ni melebih2 plak raksasa disebutnya haha. Tapi memang macam raksasa pun. Beso badan bontot.
Me and Cat. 30 weeks.
Dulu bersalinkan Kalif 78 kg. Kalif pon 3.03kg masa lahir at 38 weeks. Kalau 40 weeks berapala agaknya. Here's hoping kali ni beranak full term at 40 weeks. Malas la nak induce lagi. Aku takdala trauma pon. Sebab dah tanam dalam kepala sakit beranak memang akan sakit. Hadap jela.
Tapi orang kata kali kedua senang. Sebab dah pernah bersalin jalan pon dah tak macam dulu. HAHA. Harapnya mudah la , saspen je la bila nak beranaknya. Dulu siap leh pilih hari. Ahad nak bersalin, Jumaat dah get ready dah nak cuti.
Teringat dulu time bersalinkan Kalif. Cepat sangat nurse bawak lari, ingat leh jumpa Aizad lagi. Mintak maaf pon idok. Kali ni insyaAllah mintak2 Tuhan bagi kesempatan Aizad ada dalam labour room. HUKM je kali ni. Plan awal2 dulu nak p Annur, tapi sebab a few things yang tak dapat dielakkan, decide bersalin sini jelah. Boleh je nak bersalin kat Annur tu. Duduk 3 orang sebilik, baru RM1400 kalau normal. Tapi kang buatnya Csec. Duit tu baik pakai ke tempat lain. HUKM Sudah. Depo RM750.Tunggu lama time checkup pon takpelah. Mak tak berkira sangat. Memula jela meroyan kejap sebab nak Aizad ada kali ni...tapi bila pk HUKM ada, and decide nak bersalin sana, semangat plak nak beranak tak sabar2 plak.
Yang buat aku sedih is nanti lepas bersalin Kalif macam mana. Huuuu. Sian dia tengok adik mesti terkebil2. Mesti jeles. Mesti mintak dukung time pantang. Ala sedihnya Mak. Macam manala adik nanti. Aku ni bukan boleh. Semua benda nak buat sendiri. Mangkuk besar.
Yang aku boleh simpulkan, mengandungkan anak pertama memang heaven. Kau makan tido tonggeng ke apa ke, takda sapa kisah. Buatlah. Makanlah. Tu jadi raksasa.
Tapi pregnantkan anak kedua, dengan ada toddler ni. Letih! Badan dah semput. Anak mintak dukung. Masa awal2 dulu ok lagi la..dah besar sikit perut, Kalif pon dah makin berat, makin penat. Tapi ni 2nd tri baru. eh ke dah masuk 3rd tri? Preknen Kali Kedua pon tak tau 3rd tri minggu ke berapa. Hoho.
Lagi 10 minggu lagi. And our lives will change foreverrrrrr. Excited..tapi seram!

4 comments:
alhamduLILlAH.. semoga terus sihat ibu dan baby.. :))
Semoga semua dipermudahkn k.nawal! Bestnya beranak kt hukm plak kali ni ye. My SIL pon mmg suggest beranak hukm best katanya. Tp sbb dia still kt UK lg, so niat nk beranak kt pjaya sbb dkt ngn family mertua. Tp pjaya sentiasa la penuh. Akhirnya mmg da takdir beranak kt spital kjg. Mmg old school habis kt sana. Tp bil murah gila! Rm33 + rm15(for registration). Rm 48 je total. Hihi
Terima kasih lia :)
Kajang pon ok!sama mcm sil akak.putrajaya full kena p kajang.bil pon rendah!hihi
Post a Comment