Dari dulu memang tak pernah bukak buku merah..sebab tak kuasa nak tunggu kat KK lama lama and kalau nak beranak kat spital goman pon, relaku pergi PPUM yang semi-private tu daripada buat buku merah semata2 nak p hospital gomen. Bila beranak je kena bukak buku merah dkt KK. Aku tak punya banyak masa! Kerja bukan boleh amik cuti. Macam masalah dunia kalau takda buku merah. Ada rekod sudahla kan. Dahla kena tunggu lama. Bukan scan tiap kali pun. Masa itu emas. Takkan nak amik cuti semata mata? DAhla kena tolak gaji kalau amik cuti. Takkan KK nak kasi MC? Panjang betul bebel. Anti betul ngan buku merah hahahhaha.
This time, sebab duduk Sepang, takda la Klinik macam Klinik Ajwa yang boleh kata reliable, flexible (boleh datang malam and walk in), and Dr perempuan belaka. Susah gila nak carik kat sini. Kalau ada pun, nak cari review pon takda. Takkan nak try main redah je klinik mana mana. Aku adala print senarai klinik.Tapi semua takda website. Takkan aku nak call tiap satu and cari gambar.Aku ni bukan boleh,nak klinik lawa manjang.
FIrst 3 months since 8 weeks of pregnancy, we tried Klinik Nur Qaseh dekat Taman Mawar, Bandar Baru Salak Tinggi. Clinic baru. Cantik. Dr okay. Kalau datang memang selalu takda orang. Aku je patient. Betapa barunya clinic ni. Bes. Takyah tunggu lama. Masuk keluar bilik Dr suka hati je sebab si kecik tu ada.
Tapi
Nama pun klinik baru. Macam macamla takda. Takda lagi buku merah. Baru nak order. Takda kelengkapan untuk buat MGTT. Takda serba serbi. Scan pun macam mmm tak puas hati. Paling aku tak puas hati, nurse tu scan berat aku 64 kilo. Bila aku cakap "eh mana ada!" Dia tengok balik and cecepat cakap "eh 63!" Dr suruh minum air gula sbb naik 2 kilo sebulan. 2 kilo jeee hak ele. Aku tetap x puas hati. Balik tu aku timbang berat 61.6. Celah mana 64?
Maka kami kensella taknak sini lagi. Dr pun macam takda nak cakap sangat. Diam gitu je. Blur2 pun ada gak. Ada skali tu yang scannya dr locum dibantu pelajar2 premed from Cairo.
Pernah skali tu nak on mesin pon perlu ada perbincangan selama lima minit. Mak tak punya masa dan kesabaran yang tinggi.
Last week, Week 19++. Ikotkan scan tiap 4 minggu. Tapi bapaknya cuti , amik kesempatan la pergi. Kalau tak kena pergi weekend. Malas. Ramai orang.
Masalahnya dekat Sepang/Nilai ni memang tak ada langsung review scan untuk baby. Puas aku google. Puas aku tanya. Ramai kata p Serembanla. P Bangila. AKU TAKNAK!! Aku nak Sepang or Nilai gak. Tak kuasa aku nak p jejauh.
So Terjahla satu poliklinik ni. Poliklinik Annurjannah. Dulu dia Pusat bersalin. Tapi Dr tu kata skang tak buat dah. Sebab law baru, tiap bilik kena da toilet. Tempat tu kecik je. Boleh kata buruk. HAHA. Bila masuk aku rasa macam di zaman 80an. Sungguh. Kerusi malas yang bunga2 tu aku jamin dibeli zaman 80an or 90an. Kipas je ada tu pon satu and pusing la kasi satu klinik sejuk. As if. Finishing memang kuno. TUnggu lama sikit sebab Dr solat dkt umah dia. Umah dia atas klinik je. HAHA. Selamba Dr tu turun kedek2 masuk bilik.
Lepas nurse panggil je masuk je bilik, Dr tanya
"Sakit apa?"
"Eh tak, saya nak scan Dr"
"Ohh ok baring la terus"
AKu pandang kiri kanan. Bilik kecik ni nak aku baring mana?Tiba tiba terpandang katil belakang meja DR. memang sempit abeh. Dengan ultrasound scan zaman 60an. Monitor yang kotak tu ya. LOL.
Aku terdiam. Cadangnya nak cari Klinik yang efisien sikit. Aku pandang Aizad. Aizad rilek. Mm ok lets see how she is. I doubt she can see anything using that old monitor. And where am I supposed to look ? Sini? Aku pandang monitor kecik sebelah katil tu. NI sistem zaman bila ni?Boleh ke nampak? AKu mulala menyesal.
But bila Dr ni bukak je mulut, terus aku rasa safe. Dia bebellllllll banyak betul ahha. Memang mak mak. Dah tua macam mak kita. Anak pon 6. 2 doktor. She's delivered over 3000 babies dkt klinik dia. SKali bersalin RM600 je. LOL. TU semua aku dapat tau in the first 1 minute aku baring kat katil tu HAHA. Dia pegang scanner tu adala dalam seminit dua, borak dulu baru dia scan. AKu ni nak cepat nak P IOI mall baru tu. CEpatla doktor. Hurry now come on haha.
Once she did scan our baby, she was focused. Tapi mulut tetap potpetpotepet. SUka plak aku ngan dr ni. Tak tanya pon dia bagitau..
Image memang mcm dalam sewage la.Gelap tak nampak apa. Tah apa dia scan aku pun xtau. Tau tau je dah nampak kepala. Sat lagi nampak femur. lepas tu dah. Habis scan hahahaa. Dr kata kalau ikot lmp Edd aku 2nd june. Kalau ikot femur lain. Ikot kepala lain. Boleh jadi bersalin tengah bulan 6.
Then dia kata
"Ni macam **** je ni"
Aizad dah gelak. "Hah?Ye ke Dr?"
"Saya dah 30 tahun jadi doktor. HAHAHA" dia pon gelak skali. Eh Dr ni suka plak dia.
"Tapi Tak konfem lagi ni. Next checkup kita buat 2d. Detailed scan"
Dalam hati aku "Boleh ke mesin purba ni buat detailed scan".
Aku rasa Dr tu boleh baca fikiran orang. Tiba tiba dia cakap
"Hujung bulan ni mesin baru sampai. MEsin 4d. hah tu clear. Tapi kalau detailed scan kita charge RM50 je. 4D kita charge RM120. "
Bagusla Dr ni. AKu tak tanya pun dia cita harga.
Sebelum balik Dr tu amik darah. Tak sakit macam dr lain buat. Tapi tangan aku lebam aku pon tak tau apsal. Dah 4 hari baru perasan.
Overall kalau nak p scan baby dekat SEpang/Nilai/Salak tinggi ni , scanla dekat Poliklinik ANnurjannah ni.Ke Annajah. AH belasahla. AKu malas nak tengok buku merah. Nanti aku Check. Klinik ni dekat Taman SEmarak nilai. BElakang CIMB.
At 19 weeks baru bukak Buku Merah LOL. Klinik sebelum ni kasi surat je dia print from pc. Gambar scan dia letak dalam sampul yang bercop "Tahniah" kat depan. HAHA.
Dr Rabiatul kata ANnur (Bangi) dah biasa terima patient dia. Dr Khamsiah etc dkt ANnur semua dia kenal, junior dia.
So Overall Im happy. Klinik buruk bukan makna klinik tu servis hampeh. Jangan cepat menilai kecantikan luaran. Paling penting Dr experienced. Checkup+blood test+urine semua sekali dia charge RM102. Kalau dengan ubat RM120. Kira murahla sebab ada blood test. Kalau p DEMC mau RM300++. Tapi nama pun DEMC. "Hak eleh,kata banyak duit.Takkan p Poliklinik je" kata seorang CFm itu . bahahaha.
Kalau nak scan lepas2 ni baru RM45. Detailed scan 50. 4d scan RM120.
Mesti nak tau kan Baby girl ke boy? HAHA. WE wanted it to be a suprise tapi biasala cakap je lebih. Heh. Nantila. Tidak mahu mengharap lebih.Nanti kempunan.
xoxo
N & A & K & R.
9 comments:
Nawal, Tq for sharing. New info for us yang stay area Nilai.
Faeza pun stay sepang tapi checkup kat KK sepang jer. Selalu kalo ade nak scan akan ke Area Nilai klinik Annessa area Inti College & Klinik Shariah sebelah maybank ade scan utk baby.
Babe klinik AnNeesa ktinti college pun ok..doc suraya..best gile...
Bes gila in terms of what? Service?harga ok?
orang nama suraya semua best.. eh eh.. hahaha. meh kita main scan ka sue tak sabar nak g scan 4d plak..
Klinik An Najihah kot nama dia dulu. Tak tahu lah dah tukar nama ke. Tapi klinik tu depan As Salam (mamak).
Doktor dia memang klakar dan mak-mak sangat suka potpetpotpet.
nawal! tiba2 dah nak berempat ye. congrates! so hepi for u :)
nawal! tiba2 dah nak berempat ye. congrates! so hepi for u :)
Haah annajihah haha. Pot pet je lebeh kan . haha. Scannya kejap aje haha
Thank u sha!
Post a Comment