Thursday, February 6, 2014

Mangkuk besar

Pernah dengar tak istilah mangkuk besar ni?First time dengar,bila ada jiran ni kutuk ayah aku.Katanya ayah aku mangkuk besar,semua benda nak buat sendiri.

Like Father like daughter.

Aku kalau boleh,semua benda nak buat sendiri.Kalau tak terbuat,jadi stress,tension sebab tak dapat capai kpi.Boleh jadi moody sebab tak sempat sidai baju.Pinggan dalam sink tak basuh pun boleh bermain main dalam otak sebelum tidur.Yang baju takyah cakapla.Kalau baju penuh dalam bakul,memang jadi naga.Mulala bebel dekat Aizad sebab sendiri tak sempat buat.Padahal boleh je mintak tolong kan.

Nampak tak betapa banyaknya stress yang aku hadapi sebab standard yang tinggi yang aku sendiri setkan.Mesti vakum.Mesti ikut rutin aku.Kalau tak ikut rutin,waktu tidur terganggu,benda lain lari.

Balik kerja mesti

A) Main dengan Kalif.Mandi.Solat.Mandikan Kalif

B)prepare dinner.

C)pump susu.

Sambil sambil tu tengok movie/tv.Kalau lambat Kalif tidur,lambat makan.Bila lambat makan,lambat pump,lambat tido.lambat g kerja.Otak tak pernah berhenti.

Macam ni rupanya jadi Mak.Baru sorang anak.Kalau dua?tiga?lima? macam manala lepas melahirkan enam anak,mak aku masih seorang Mama yang penyabar dan lemah lembut. Mungkin sebab ada enam anak,dia terpaksa belajar jadi sabar?

Boleh la skang aku kata,tahap stress aku dah sampai ke kepala ,Masih susah nak let go.Jangan expect semua berjalan ikut kita rancang.Kalau boleh anak mesti tidur by maghrib.Mesti tu mesti ni.

manala rambut tak gugur.

i read somewhere that mak yang ada dua anak memang stress.Bila ada empat,da tak stress sbb dah pandai let go.jalani hidup dengan apa yang ada.Xyah stress sgt meroyan mcm esok takda.Bila sakit kepala mulala fikir nak mati.Padahal diri sendiri suka cari pasal.

I guess thats why Mama selalu cakap buat mana yang mampu.Besarkan 6 anak,kena banyak bersabar,tawakkal,xlela semua benda nak control.Boleh jadi gila.

belum anak sakit serentak lagi.Ya Allah,mampu ke aku?

7 comments:

Fieda_shairazi said...

aku pon pernah pikir benda yg sama mase mengandung akid.. mampu kah.. mampu kah? bila mengandung ayra.. nangis berhari2.sebab camna nak syg ayra. nak bahagi 2 kasih sayang. bila ayra kluar. alhamdulillah.. everthng ok. tp memang la hectic 2x ganda. kena kemas 2 beg. mana nak kemas susu. pump susu segala.. tapi bila tengok anak tidur lena.. penat hilang sekejap lah.. sebenar nya mampu! kita mampu. tuhan bagi kepada orang yang mampu sahaja.. peace!

~Hayati~ said...

samala kita nawal...huhu..tu yg jd kuat bebel, bila suami xde kat sini mmg sume dah ade jadual..sume mst perfect, sbb xsuka umah serabut2..tp bila suami blk ofcos kita hrp die tlg, tp plan jd lg btabur sbb die xsuka rushing2..rilex sudah..lama2 buat sndr (smbil mmbebel) hahahaha

Haneesa said...

honestly, for me, dah 3 tahun kawin baru boleh bernafas lega sebab dah pandai sikit juggle. I used to be like you stress gila kalau anak tak tido sebab macam tak boleh gerak nak buat apa-apa and of course, daddy yang kena and of course daddy stress and it eventually took a toll on us as a family. my mom always says that things don't always get easier as the child grows, but we get better. so, hang in there and jangan stress okay! let some things go, like how i let go of lipat baju completely sebab there is only so much we can do in a day. what's important is that you keep your health in check sebab a sick mom is of no use to anyone (kata my mom juga). tcare and happy juggling! ;)

Unknown said...

Ala sedihnya.aku pon pikir camne nak syg adik kalif nanto. Over sgt padahal preknen pon tak haha. Ayra kuat meragam tak?

Unknown said...

I tak suka bebel.sebab i tau org pon x suka dgr kena bebel.haha. jadi kalau xlarat i x buat langsung.haha. sepah ke apa ke,janji rehat cukup.Cuma kalau tak sihat,stress la jugak kan.dgn nak buat semua benda lg. Husband u keje mana yaty.dr dulu nak tny

Unknown said...

Thats true.I dah berapa hari tak basuh baju.bergunung baju kotor.Last2 husband basuhkan sme tiga round haha. Memang i buat x nampak je baju kotor tu sbb x sihat.Now tak lipat baju langsung.Semua i gantung.kering masukkan je dlm almari koser nak lipat baju.takda masa,takda ruang! Tapi betula we have to learn to let go.Husband pun kena fahamla ,selalu dia faham , i je yg stress umah bersepah

BAIZURA NATASHA said...

Nawal. I mcm u dulu. Semua nak buat, semua nak kena perfect. Lama2 jadi tak kisah dah, sbb x larat nak push sangat. Tapi i risau plak bila penyakit tak kisah i ni menjadi2. Hahahaha. (Read:malas)