Ya kita bertemu lagiii...setelah perempuan ini jatuh sakit tiga hari lepas tu baik lepas tu bercuti ke johor dua hari lepas tu sakit lagi dua hari.Genap tujuh hari tak ke ofis, sampai naik segan rasanya nak hadap muka orang kat sana . Tapi aku lagi bahagia hadap muka laki aku kat umah. Macam harini baru pukul 12 dah msj 'Rindu' lepas tu anta clip youtube jiwang2, sampailah Pukul 2 suami msj 'Abang otw balik!'. Yahooo! Berjaya menimbulkan suasana romantis. Hahaha.
Habis morning sickness pada minggu ke10,saya jatuh demam pada minggu ke13.Demam takdala tinggi mana,tapi pening amat n badan sakit2.
Pergi ke klinik Dr N di sek 8,cakap kat dia sakit kepala rasa nak demam je.Dr tu mcm main main je rawat aku. Tak serius lah.balik jumpa dr, terus muntahkan semua makanan . Dua jam lepas tu, lapar, so makan la lagi.Muntah lagi. Apa ni asik muntah je.Ini bukan morning sickness.apakah iniiii...
Balik dari kerja,Husband amik balik dari umah mak, Dan perempuan ini kepenatanlah dan lapar tanpa tenaga, terbaring. Ini pelik.Morning sickness dah lama habis, muntah apakah ini?
Husband syak aku kena Denggi. Oh no harap bukanlah..maka terus kami ke Klinik Ajwa Sek 7.I like the clinic.cantik, tersusun.bersistem.siap ada nombor,lantai cantik berlaminate.Reminds me of DEMC lama.
Tiba giliran perempuan ni, doctor check2 dan ambik darah. Normal katanya tp kalau awal sgt x dpt detect lg.Kalau demam panas, sakit sendi lagi, datang check darah balik. Hebat klinik Ajwa, siap ada check darah lagi.Oh klinik dia boleh buat checkup antenatal jugak. Diagnosis:viral fever.gitu diagnosis. Mcmlah sakit hebat haha. Eh betol apa.everything needs a diagnosis okayyyyy...
Balik tu, aku pun ketiduran terus sambil dia main masak masak. Kesian dia kepenatan, harus masak untuk isteri sakit.Penat2 masak nasi goreng n goreng ayam. Tak lalu pun, aku makan jugak.Dan sepuluh minit kemudian, keluar semua balik. Betapa laparnya akuuuuu! Yang mampu ditelan hanyalah biskut kering.Lapar sangat, pukul 3 terjaga, bangun makan biskut.alololo sian sgt.
Jumaat, dah beransur pulih.No more demam , sengal or muntah .aik ? Mcm tau tau je kami nak ke johor.Hahaha. Maka ke johor la kami dengan gembira untuk Majlis Bertandang adik. Bunyinya seronok tapi bila dah mengandung ni,berjalan jauh adalah satu penantian yang menyeksa.sudahla berjam, orang tua hendak berhenti banyak kali pula.Di ayer keroh, di machap,di simpang renggam. Ibu mengandung sudah penin kepala sebab panas sgt dkt luar.keluar masuk kereta, masuk balik kereta yang panas bawah matahari.Dah sejuk kena aircond, keluar balik.Tak sampai sampai jugak. Kalau tidur,sedaplah,tapi mata ni langsung x mengantuk.tapi sampai simpang renggam, makan soto juga.kekonon kenyang.nampak pak ngah order soto, terus panggil akak tu balik 'Kak.Soto satu!" "dua kak!". Eh laki aku pon nak gak.haha.
4.30,kami tiba di Scholars Inn ,UTM, menguruskan sedara yang dtg sekali.Bilik tak cukup sebab semua nak ikot bercuti ke johor maka keluarga yem ke Rose Cottage Inn.Eloklah, badan aku gatal2 bila masuk Scholars Inn tu. Badan ni menjerit nak baring. Pukul 6.15 baru lah dapat baring.6.45,adik ketuk pintu.Ayah suruh siap cepat,makan kat stulang.
Eh malas pulak aku nak tulis pasal trip pg johor ni. Haha.
Dah, penatlah tulis.sok sokla sambung.Gambar korang tgk jela stegram aku. Kahkah. Tak pon pakai imaginasi je. Kahkahkah.
Oh,aku demam balik lepas balik dari johor.dah seminggu x masuk ofis ni, esok masuk ofis balik.sebbek cuti sekolah.
Eh dah dah bai.
2 comments:
bjln jauh ms preggie mmg x selesa kn..lagi2 i bkn morning sickness..all day sickness..pnat main muntah2...
Penatnya all day sickness. Duduk kejap je dah panas bontot.. Paling jauh boleh tahan sejam jela.haritu pg johor , panas kemain sampai pening.pagi tu terus demam
Post a Comment