Monday, August 13, 2012

Putus kawan kerana cerai

Alhamdulillah setakat ni takda lagi aku putus kawan sebab aku bercerai dengan bekas suami. (Gitu macam majalah Mingguan Harian). Semua kawan-kawan suami aku tegur insyaAllah kalau ada terserempak. Yang ada tegur aku pun, aku balas dengan baik. Buat apa nak tarik muka? Hidup ni bukan panjang sangat, bukan kita tahu kita mati bila. Kadang-kadang aku pun lupa, bila mulut dah mula suarakan apa yang terpendam. Tak tahan kan? Sekadar peringatan.

Putus hubungan suami isteri, bukan maksudnya putus silaturrahim. Setakat putus ikatan yang halal, bukan penyebab kita nak putus kawan. Aku kurang faham, kenapa bila bercerai, atau ada pasangan kekasih yang putus, EX dia punya kawan semua dia sumpah seranah. Bila jumpa jeling. Nak cakap pun malu. Takut salah cakap atau dikatakan tak loyal dekat kawan dia sebab bertegur sapa dengan ex dia. Kebiasaanya jadi sebab si kawan dah ada imej di fikiran masing2, EX DIA NI JAHAT! KAKI PEREMPUAN. TAK KASI NAFKAH. PEREMPUAN JALANG. PEREMPUAN JAHAT ! (eh macam pernah dengar tak?)

Selalunya macam tu lah.

Kahwin tu kan antara lelaki dan perempuan. Antara suami dan isteri. Takda pulak dalam borang kahwin tu, kena ada nama kawan sekali. Jadi kawan tak seharusnya lebih sudu dari kuah.

Bila aku bercerita dekat geng C (kang kalau aku sebut penuh kang ada yang kata perasan. so faham faham je lah), diorang ada yang mengata dan bengang dengar apa yang jadi. Aku cakap stop. Hey, it's between me and him. Kalau ada orang yang berhak cakap apa apa, that is me.

Not you or you or you.

Kenapa tak boleh baik macam dulu. Terus lupa yang EX kawan dia pernah tolong masa dia perlukan pertolongan. Lupa yang EX kawan dia tu lah yang bersusah payah. Lupa yang si polan tu la yang tak pernah nak masam muka dengan dia. Yang hulurkan tak lebih dari persahabatan. Kenapala manusia mudah sangat lupa, mudah sangat menilai keburukan manusia lain. Sikit pun tak ingat baik dia.

Kita tak tahu esok lusa, nasib masing masing macam mana.

For all you know, it could happen to you.

Aku tak mendoakan, tapi itu realiti yang semua orang kena sedar.

Jangan riak sangat
Wallahualam



4 comments:

ain.ya.nun. said...

Dah dah dah.

Selamat Hari Raya N&A.

Okbai.

cik yaya said...

ada ke patut hijabster dikata nya lilit2 macam mayat.kbai

*salam cium pipi*

Aizad said...

Finally. New drama. I was wondering when will a new one spark. LOL

Suraya Jafar said...

Kak sue masih tegur kan? Kan? Kan? Selamat hari raya nawal..